Langkau ke kandungan utama

Tabung Kebajikan

Perkhidmatan Kami

Tabung Kebajikan

Tabung Pinjaman dan Kebajikan KOWARNA telah dilaksanakan pada tahun 2018 setelah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOWARNA kali ke-6 2018. Tabung ini diwujudkan bertujuan untuk membantu kewangan para anggota KOWARNA dengan dana kesulurahan bagi tabung ini ialah sebanyak RM 300,000.00. Syarat-syarat kelayakan bagi pinjaman tabung kebajikan dan pinjaman adalah seperti berikut :-

  1. Pemohon telah diterima menjadi anggota untuk tempoh minimum 6 bulan dan telah membayar modal syer minimum RM500.00
  2. Had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM5,000.00
  3. Kelulusan pinjaman tertakluk kepada baki dana
  4. Had adalah tertakluk kepada jumlah yuran dan saham RM500.00
  5. Baki gaji bersih tidak kurang dari 40% dari jumlah gaji bulanan.
  6. Had dan tempoh pembiayaan adalah seperti berikut:-
    • Had : Minimum RM 1,000.00 hingga Maksimum RM5,000.00
    • Tempoh : Dari 6 bulan hingga 30 bulan
    • Yuran proses : 6% daripada jumlah pinjaman. Caj dikenakan adalah sekali sahaja.

KOWARNA

Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad (KOWARNA) atau duhulunya dikenali sebagai Koperasi Kakitangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Selangor) Berhad