Perutusan Pengerusi
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, para sahabat dan kaum keluarga Baginda.
Ucapan terima kasih dan tahniah saya dahulukan kepada barisan Anggota Lembaga dan pengurusan KOWARNA yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam mengerakkan perniagaan KOWARNA sehingga mendapat beberapa pengiktirafan dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia seperti Koperasi bertaraf 4 bintang, Koperasi Kluster Sederhana Besar dan tersenarai di dalam carta 350 koperasi terbaik di Malaysia bagi tahun 2020 dan tahun 2021.
Pada tahun 2022, KOWARNA terus mendapat pengiktirafan apabila tersenarai di tangga ke-11 bagi Koperasi Terbaik Negeri Selangor dan dianugerahkan sebagai Koperasi Terbaik Keberhasilan Utama Ekonomi Negeri Selangor Bidang Sektor Perlancongan, Penjagaan Diri & Kesihatan Peringkat Negeri Selangor. KOWARNA juga mengekalkan kedudukan di dalam carta 350 koperasi terbaik di Malaysia dan menduduki tempat ke-9 dalam kategori sector lain-lain.
KOWARNA mencatatkan pertumbuhan pasca Covid 19 yang memberangsangkan pada tahun 2022 berbanding tahun 2021. KOWARNA sentiasa berusaha untuk memaksimumkan pendapatan KOWARNA dengan mengoptimumkan pelaburan wang anggota di samping menjaga kepentingan para anggota melalui pulangan pelaburan dan faedah-faedah yang diperolehi. Antara aktiviti yang akan berjalan pada tahun 2023 adalah dewan serbaguna NAFAS, dewan terbuka NAFASCUBE dan bilik mesyuarat NAFASCUBE.
Saya mewakili barisan Anggota Lembaga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia kerana sentiasa memberi bimbingan dan khidmat nasihat. Geran bantuan yang diperolehi juga akan digunakan sebaiknya untuk merancakkan perniagaan bagi menjana pendapatan. Terima kasih juga kepada Ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan pihak Pengurusan Tertinggi, pengurusan bahagian dan syarikat subsidiari diatas sokongan serta peluang perniagaan yang diberi.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada barisan perwakilan dan anggota KOWARNA yang memberikan sokongan yang penuh dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh pihak KOWARNA termasuk yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Seiring dengan perkembangan serta keperluan semasa, KOWARNA akan melipatgandakan usaha dalam memastikan gerakan koperasi boleh berkembang maju kearah mencapai objektif pembangunan sosioekonomi anggota dan menjadi sebuah koperasi yang cemerlang, berkualiti dan relevan dengan pengiktirafan yang diterima oleh KOWARNA.
NAZWAN BIN FAUZAN
Pengerusi
Anggota Lembaga KOWARNA