Langkau ke kandungan utama

Keanggotaan

Manfaat ahli KOWARNA termasuk
Tabung pinjaman dan kebajikan
Ansuran insurans kenderaan
Penerimaan dividen
Diskaun penginapan di NAFASCUBE
Program-program SKM
Kursus oleh IKMA
Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad (KOWARNA)

Keanggotaan

 

Keanggotaan Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad (KOWARNA) hanya terbuka kepada kakitangan pertubuhan peladang kebangsaan (NAFAS) dan syarikat subsidiarinya sahaja.

Kawasan Operasi KOWARNA adalah merangkumi seluruh negara Malaysia dan ketika ini keanggotaan KOWARNA terbahagi kepada tiga negeri utama iaitu di Ibu Pejabat NAFAS di Kota Damansara, Selangor, Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd di Gurun Kedah dan NAFAS Plastics Sdn Bhd di Ipoh, Perak. Jumlah anggota KOWARNA Sehingga Mei 2023 adalah seramai 430 orang anggota.

Tabung Pinjaman & Kebajikan

KOWARNA menawarkan pinjaman kecemasan tunai sehingga RM 5000.00 dengan pembayaran balik secara ansuran sehingga 30 bulan.

Ansurans Insurans Kenderaan

KOWARNA menyediakan perkhidmatan pembaharuan insurans dan cukai jalan kenderaan dan anggota boleh membuat pembayaran secara ansuran selama 3 bulan melalui potongan gaji.

Penerimaan Dividen

Setiap anggota kowarna layak menerima dividen tahunan atas modal syer yang disimpan dalam KOWARNA.

Diskaun Penginapan di NAFASCUBE

KOWARNA menawarkan penginapan di NAFASCUBE@MARDI yang berkonsepkan kontena dan culvert dengan harga istimewa kepada anggota KOWARNA.

Penglibatan ke Program-program SKM

Anggota KOWARNA layak menyertai pelbagai program yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) secara percuma.

Penyertaan Kursus oleh IKMA

Anggota KOWARNA boleh mengikuti kursus-kursus yang disediakan oleh Institut Koperasi Malaysia (IKMA) dengan bayaran dikenakan serendah RM 30.00.

Hubungi Kami.

Sila hubungi kami di talian 03-6144 1200 atau hantarkan sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan kepada kami melalui borang di bawah.

KOWARNA

Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad (KOWARNA) atau duhulunya dikenali sebagai Koperasi Kakitangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Selangor) Berhad