Tabung Kebajikan
Tabung Pinjaman dan Kebajikan KOWARNA telah dilaksanakan pada tahun 2018 setelah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KOWARNA kali ke-6 2018. Tabung ini diwujudkan bertujuan untuk membantu kewangan para anggota KOWARNA dengan dana kesulurahan bagi tabung ini ialah sebanyak RM 300,000.00. Syarat-syarat kelayakan bagi pinjaman tabung kebajikan dan pinjaman adalah seperti berikut :-
- Pemohon telah diterima menjadi anggota untuk tempoh minimum 6 bulan dan telah membayar modal syer minimum RM500.00
- Had maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM5,000.00
- Kelulusan pinjaman tertakluk kepada baki dana
- Had adalah tertakluk kepada jumlah yuran dan saham RM500.00
- Baki gaji bersih tidak kurang dari 40% dari jumlah gaji bulanan.
- Had dan tempoh pembiayaan adalah seperti berikut:-
- Had : Minimum RM 1,000.00 hingga Maksimum RM5,000.00
- Tempoh : Dari 6 bulan hingga 30 bulan
- Yuran proses : 6% daripada jumlah pinjaman. Caj dikenakan adalah sekali sahaja.