Langkau ke kandungan utama

Perhotelan NAFASCUBE

Perkhidmatan Kami

Perhotelan NAFASCUBE

Hotel ‘KONTENA’ & ‘Culvert’ NAFASCUBE@Mardi ini terletak di dalam MAEPS SERDANG. KOWARNA telah menguruskan NAFASCUBE ini sejak dari tahun 2019 sehingga sekarang.

NAFASCUBE menawarkan bilik-bilik penginapan dengan berkonsepkan dalam kontena dan culvert (paip pembentung konkrit) dengan rekaan hiasan bilik seperti berada di hotel. Bagi yang gemar bercuti ala perkhemahan, NAFASCUBE turut menawarkan konsep glamping atau perkhemahan glamor dengan pemandangan tasik yang indah.

Bagi penginapan jenis culvert, bilik air dan tandas berasingan disediakan tidak jauh dari bilik. Harga yang ditawarkan untuk sebuah culvert adalah RM100 untuk satu malam bagi sebuah katil queen atau dua katil single.

Berbanding culvert, penginapan jenis kontena pula menyediakan bilik air dan tandas di dalam bilik dan harga bilik penginapan adalah daripada RM180 hingga RM250 untuk satu malam.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan di NAFASCUBE antaranya barbeku bersama-sama keluarga, memancing, jungle trekking dan banyak lagi. Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut boleh menghubungi kami di talian +60163999562.

KOWARNA

Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad (KOWARNA) atau duhulunya dikenali sebagai Koperasi Kakitangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Selangor) Berhad