BENGKEL PEMANTAPAN PENGURUSAN KOWARNA DAN PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Koperasi Warga NAFAS Selangor Berhad(KOWARNA) telah mengadakan Bengkel Pemantapan Pengurusan KOWARNA bagi Tahun 2023 di Sekata Makmur,Cameron Highland,Pahang selama 2 hari iaitu 27 Februari 2023 sehingga 28 Februari 2023.
Bengkel ini disertai oleh 12 orang Anggota Lembaga dan 6 Orang Kakitangan Pengurusan KOWARNA. Objektif utama bengkel ini ialah untuk menilai,menyusun dan merancang pelan perniagaan KOWARNA bagi Tahun 2023.
Selain itu, KOWARNA juga mengadakan lawatan sambil belajar di Sekata Makmur Cameron Highland. Lawatan ini dapat memberi pendedahan dan perkongsian ilmu kepada KOWARNA dalam mengendalikan dan menguruskan perniagaan penginapan iaitu sewaan bilik,kedai dan juga dewan.
Semoga dengan adanya perancangan yang telah dibuat,KOWARNA dapat melaksanakan dan memberi pendapatan kepada KOWARNA.